Bagi memastikan tumbuhan ubatan yang dihasilkan tidak tercemar dengan bahan kimia yang tidak diingini, pastikan penggunaan racun kimia dielakkan. Sebaik-baiknya amalkan pengurusan tanaman yang bersih dengan menghapuskan sisa baki tanaman sebelum memulakan penanaman baru.
Dalam keadaan di mana serangan perosak di dapati serius dan penggunaan racun perosak tidak dapat dielakkan, hanya racun serangga semula jadi sahaja harus digunakan. Antara bahan yang boleh digunakan sebagai racun perosak ialah:
Racun serangga yang berasaskan bakteria Bacillus thuringiensis (BT). Racun jenis ini bertindak sebagai racun perut dengan menyebabkan sistem usus serangga menjadi lumpuh. Racun BT ini amat berkesan bagi beberapa jenis serangga pemakan daun seperti ulat pucuk (Spodoptera litura).
Ekstrak daripada biji semambu (neem) yang banyak terdapat di pasaran boleh juga digunakan. Ekstrak ini mengandungi bahan aktif azadirachtin dan non-azadirachtin. Kedua bahan bioaktif ini bertindak dengan menghalang serangga perosak memakan tanaman yang disemburkan. Ekstrak bukan azadirachtin dalam ekstrak semambu juga dapat bertindak sebagai racun serangga dan racun kulat.
Penggunaan minyak kayu putih. Minyak kayu putih pula bertindak dengan menutup lubang pernafasan serangga, berinteraksi dengan asid lemak dalam serangga dan seterusnya mengganggu metabolisme dan proses pemakanan bagi serangga jenis menghisap. Sabun pencuci tangan atau pinggan mangkuk dapat bertindak sebagai racun serangga yang berkesan terutama terhadap kutu daun, benah putih, koya (mealybug) dan hamama tanpa meninggalkan sisa baki. Sabun bertindak dengan melarutkan lapisan lilin yang meliputi kulit serangga. Ini akan menyebabkan serangga kehilangan cecair dari tubuh dan seterusnya akan menyebabkan kematian.

No comments:
Post a Comment