Showing posts with label Hempedu Bumi. Show all posts
Showing posts with label Hempedu Bumi. Show all posts

Saturday, August 01, 2009

Hempedu Bumi

Nama botani: Andrographis paniculata
Nama lain: Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita, king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)
Famili: Acanthaceae
Khasiat perubatan : Tumbuhan hempedu bumi dilaporkan berkesan untuk antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia juga boleh membantu melawaskan pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan, mempercepatkan pembekuan darah, membersih dan mengawal kandungan gula dalam darah. Tanaman ini juga dilaporkan berupaya meningkatkan sistem imuniti badan, berupaya merawat gejala yang berkaitan dengan penyakit AIDS dan kanser. Hempedu bumi juga berpotensi untuk penghasilan bahan ubatan secara komersial bagi rawatan kencing manis dan darah tinggi

PAUTAN TEKNOLOGI PENGELUARAN HEMPEDU BUMI

Friday, July 24, 2009

Manual Teknologi Penanaman Hempedu Bumi

SINOPSIS

Industri tanaman ubatan adalah industri yang amat berpotensi di negara ini memandangkan perkembangannya amat pesat sekali sejak akhir-akhir ini.  Sejajar dengan itu,  mberi tumpuan khusus terhadap penyelidikan dan pembangunan tanaman ini sejak beberapa tahun lalu.  Teknologi pengeluaran ini amat penting bagi memastikan negara tidak banyak bergantung pada bahan import dalam pengeluaran produk farmaseutikal yang dihasilkan oleh kilang tempatan.  Teknologi yang dihasilkan juga dapat memastikan bahan mentah yang dihasilkan dapat memenuhi piawai kualiti bahan mentah yang ditetapkan oleh pengilang tempatan.
Manual ini merupakan pengumpulan maklumat hasil kajian yang telah dijalankan.   Maklumat dalam manual ini meliputi semua aspek pengeluaran iaitu daripada penyediaan kawasan tanaman, pengeluaran anak benih, pengurusan tanaman di ladang dan juga beberapa aspek pengendalian lepas tuai.  Anggaran kos pengeluaran juga dipaparkan bagi membantu pengusaha menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk pengeluaran tanaman ini secara komersial.
Oleh itu manual ini boleh dijadikan panduan dan bimbingan kepada  pengusaha-pengusaha  yang ingin mengusahakan tanaman  hempedu bumi sama ada secara kecil-kecilan ataupun secara komersial.