Saturday, January 29, 2011

Teknologi Pengeluaran Tumbuhan Ubatan Bahagian 8. Pemilihan varieti atau spesies


Pemilihan varieti atau spesies yang bersesuaian juga penting kerana prestasi hasil bahan kering dan ketahanan terhadap serangan penyakit dan perosak berbeza di antara satu varieti dengan yang lain. Satu faktor yang perlu di ambil perhatian dalam pemilihan varieti atau spesies ialah tahap kandungan dan kualiti bahan bioaktif yang terdapat di dalamnya. Pemilihan spesies yang sesuai ini amat penting kerana terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap kandungan bahan bioaktif di antara spesies. Sebagai contoh, dukung anak atau buah amin ialah tumbuhan ubatan yang dirujuk kepada beberapa spesies Phyllanthus yang berbatang lembut. Secara spesifik, dukung anak dirujuk kepada spesies P. amarus, P. deblis dan P. urinaria. Prestasi hasil dan kandungan bahan bioaktif dan seterusnya khasiat perubatan di antara spesies ini adalah amat berbeza sekali. Namun begitu setiap spesies tersebut mempunyai nilai perubatan tertentu.

No comments: