
Nama Saintifik: Pogostemon cablin (Blanco) Benth
Nama lain: Nilam, Patchouli
Kegunaan: Secara tradisi nilam ditanam untuk diekstrak minyak patinya. Daun nilam digunakan untuk mandian serung atau mandian tersat bagi wanita selepas bersalin. Daun nilam juga digunakan sebagai campuran herba untuk mandian bagi pesakit lumpuh. Daun nilam juga pernah digunakan bagi mengelak pakaian dalam simpanan daripada dirosakkan serangga. Ekstrak nilam digunakan sebagai pencuci mulut untuk penyakit gusi dan mulut berbau. Apabila dimakan, ia bertindak sebagai perangsang aktiviti perut yang dapat mengatasi masalah kurang selera makan, gangguan penghadaman dan mual, gonorrhoea, bronchitis yang akut dan kembung perut. Air rebusan akarnya berupaya mengurangkan edema (bengkak berair) dan herba ini juga boleh menghasilkan losyen yang digunakan untuk reumatik. Daun pula digunakan untuk batuk, asma, penyakit bisul, pening kepala, jaundis dan demam yang memuntahkan cairan hempedu. Losyen yang diperbuat daripada daunnya juga digunakan untuk merawat reumatisme.