Friday, July 31, 2009

Nilam


Nama Saintifik: Pogostemon cablin (Blanco) Benth
Nama lain: Nilam, Patchouli
Kegunaan: Secara tradisi nilam ditanam untuk diekstrak minyak patinya. Daun nilam digunakan untuk mandian serung atau mandian tersat bagi wanita selepas bersalin. Daun nilam juga digunakan sebagai campuran herba untuk mandian bagi pesakit lumpuh. Daun nilam juga pernah digunakan bagi mengelak pakaian dalam simpanan daripada dirosakkan serangga. 

Ekstrak nilam digunakan sebagai pencuci mulut untuk penyakit gusi dan mulut berbau. Apabila dimakan, ia bertindak sebagai perangsang aktiviti perut yang dapat mengatasi masalah kurang selera makan, gangguan penghadaman dan mual, gonorrhoea, bronchitis yang akut dan kembung perut. Air rebusan akarnya berupaya mengurangkan edema (bengkak berair) dan herba ini juga boleh menghasilkan losyen yang digunakan untuk reumatik. Daun pula digunakan untuk batuk, asma, penyakit bisul, pening kepala, jaundis dan demam yang memuntahkan cairan hempedu. Losyen yang diperbuat daripada daunnya juga digunakan untuk merawat reumatisme.

2 comments:

Maisarah said...

Salam Hj.,

Saya nak tanya berkenaan tanaman nilam ni..Saya ada tanam di stesen, pokok naik elok, rimbun tapi sampai satu tahap pokok tu mati. Keseluruhan pokok kering dan mati. Saya nak tahu adakah tanaman ini mempunyai jangka hayat tertentu ataupun ia memerlukan proses prunning atau sebagainya?Mohon untuk Hj. respon. Terima kasih


Maisarah

Unknown said...

Biasanya NILAM boleh dituai selepas 6-8 bulan & dan dituai setiap 3-4 bulan. Memang jadi kebiasaan, pokok daun akan jadi kering apabila cukup matang. Kalau dipotong ranting yang dah matang.. ranting muda akan tumbuh.

Untuk detail teknologi penanaman, boleh lawat website ini.

http://www.globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&id=79364:nilam&catid=801:n&Itemid=198