Saturday, April 16, 2011

Teknologi Pengeluaran Tumbuhan Ubatan Bahagian 16. Pembungkusan danPenyimpanan


Tujuan pembungkusan dan penyimpanan yang sempurna adalah untuk memastikan kualiti bahan mentah terjaga dan tidak dijangkiti kulat serta bebas daripada serangan perosak. Penyimpanannya hendaklah dibuat dalam bekas yang bersesuaian untuk tujuan pengilangan atau pemprosesan. Penyimpanan secara pukal tidak digalakkan kerana kaedah ini lebih mudah terdedah kepada pencemaran dan serangan perosak. Beg plastik atau bekas kedap udara lebih sesuai digunakan. Bekas yang berisi bahan mentah hendaklah disimpan di tempat yang sejuk, jauh dari pancaran matahari dan mempunyai pengudaraan yang baik. Bagi penyimpanan dalam jangka masa yang lama, hendaklah dipastikan bahawa kandungan air dalam bahan mentah kekal di bawah 10%. Oleh itu, tahap kandungan air perlulah dipantau setiap dua atau tiga bulan sekali dan pengeringan semula mesti dilakukan sekiranya perlu.

No comments: