Sunday, August 02, 2009

Kesum

Nama botani: Polygonum minus Huds
Nama Lain: Phak phai (Thailand), Knotweed (Inggeris)
Famili:Polygonaceae
Khasiat perubatan: Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin. Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal. Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran.

3 comments:

jo ayee said...

http://www.facebook.com/photo.php?pid=2249330&id=805409577&comments#/photo.php?pid=1315498&id=805409577

paksu, tgk la pokok kesum yg jo tanam kat sini..

Anonymous said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Unknown said...

Thanks